Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7, RM12 dan RM20.
Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.
Umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7 manakala RM12 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis super spesial tempatan (beras import) seperti beras putih import (thai), Thai super spesial dan beras putih import pakistan. Bayaran RM20 pula bagi mereka yang menjadikan beras makanan hariannya selain super spesial tempatan (beras import) seperti beras basmathi import dan super wangi.