.png)
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM8, RM10 dan RM20.
Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Johor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya seperti beras super tempatan, beras rebus, beras hancur dan beras perang perlu membayar sebanyak RM8 manakala RM10 pula bagi mereka yang menjadikan beras makanan hariannya selain Super Spesial Tempatan (Beras Import) seperti beras putih import (Thai), Beras Putih Import (Pakistan), Beras Putih Import (Vietnam), Super Spesial Import dan Thai Super Spesial. Bayaran RM20 pula bagi mereka yang menjadikan beras makanan hariannya selain Super Spesial Tempatan (Beras Import Istimewa) seperti Beras Basmathi Import dan Super Wangi.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak MAINJ seperti yang tertera di bawah...